Thursday, 12 April 2018

Please SUBSCRIBE this youtube channel


Mohon subscribe this youtube channel ye. 

Beting Beras Basah Bagan Datoh, Perak

Beting Beras Basah yang terletak di kawasan persisir hujung Sungai Perak Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku

Bersempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk ini, program ini diadakan untuk mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk, Perak selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara tanahair. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini adalah anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.


Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.



Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.




Pada 14 Mei 2015, Istiadat Menziarahi Beting Beras Basah bermula dari Jeti Bagan Datoh.

Istiadat ini dilakukan sebagai simbolik adat signifikan tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.




Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

Pollination and Virgin Coconut Oil Demo.





  MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) didalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 kali ini membawakan satu slot khas iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. 




 Slot Sembang Santai ini memberikan peluang kepada wakil media, blogger dan influencer berdialog secara santai bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi mengupas topik-topik berkenaan Pelancongan Agro di Bagan Datuk khususnya dan di Malaysia amnya.





 Sembang Santai kali ini membawa topik “Industri kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa”.

 Sembang Santai ini bertujuan membincangkan mengenai sejauh manakah hala tuju industri Pelancongan Agro berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak. 


 Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk.


Kami juga dibawa melawat ke MARDI Bagan Datuk. Bagi melihat sendiri cara pendebugaan kelapa (POLLINATION) 





dan cara pemprosesan minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil Demo.




Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Hortikulktur, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hilir Perak, En.Ahmad Ngalim, berkongsi beberapa isu membelenggu industri kelapa tempatan antaranya pokok sedia ada sudah tua dan sukar untuk dituai selain masalah kekurangan tenaga buruh terutama untuk menuai.



 Kelapa Matag merupakan sejenis varieti hibrid yang popular ketika ini, dihasilkan menerusi kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina.




  Nama ‘Matag’ pula singkatan gabungan antara ‘Ma’ (Malayan) dan ‘Tag’ (Tagnanan) dari Filipina bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza.

  Matag kini sudah memenuhi 30 peratus kawasan bertanam kelapa dan kesukaran mendapat baka tersebut berlaku disebabkan minat kepada baka tersebut terlalu tinggi.

   Kepelbagaian genetik perlu diwujudkan iaitu dengan menghasilkan pelbagai varieti dan sekiranya ada serangan penyakit besar-besaran atau serangga, masih ada pilihan bagi penanam.

   Beberapa varieti kelapa hibrid MARDI yang berpotensi untuk diguna pakai sebagai bahan tanaman pilihan selain Matag kini dalam penilaian.




Demonstrasi mengupas kelapa muda dan dijadikan " kelapa telur"





  Kami juga dapat  melihat demonstrasi mengupas kelapa muda dan dijadikan 'kelapa telur'.Ape itu kelapa telur.  



 Kelapa muda bersaiz sederhana ini dikupas menggunakan sebilah parang yg tajam.
Kulit kelapa ini dikupas sebersih yang mungkin sebabnya kite cuma nk meminimizekn saiznya dan utk memudahkan dipegang ketika nk minum nanti.



  Isinya dikeluarkan dalam bentuk bulat tanpa menjejaskan air didalamnya.
Bila dh keluarkan isi 2 akan balutkan dengan plastik pembalut lutsinar dan last sekali dicucuk strawa menembusi isi kelapa bulat itu.Ini la yg kite panggil sebagai kelapa telur.



Sebab rupa isinya mcm telur..
Bila dh siap bleh la ditambah aksesori bagi menyerikan lg rupa bentuk minuman ni.
Kelapa telur ini dijual dgn harga hanya RM2.00 sahaja.





Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

Kilang Santan S&P Industries Sdn Bhd




MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) didalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 kali ini membawakan satu slot khas iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. 




 Slot Sembang Santai ini memberikan peluang kepada wakil media, blogger dan influencer berdialog secara santai bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi mengupas topik-topik berkenaan Pelancongan Agro di Bagan Datuk khususnya dan di Malaysia amnya.




 Sembang Santai kali ini membawa topik “Industri kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa”.

 Sembang Santai ini bertujuan membincangkan mengenai sejauh manakah hala tuju industri Pelancongan Agro berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak. 


 Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk.


Kami juga dibawa melawat ke Kilang Santan S&P Bagan Datuk. Bagi melihat sendiri cara memproses santan. 


Kilang santan S&P Industries Sdn Bhd. Kilang santan ini mula beroperasi pada tahun 1983. S&P Industries memiliki satu syarikat HQ di Kota Damansara. 



S&P Industries melaksanakan produk santan serbuk yang pertama dan dieksport ke dunia. Dengan terhasilnya santan serbuk ini, ia menjadikan masakan lebih mudah dan ringkas serta sangat sesuai untuk dieksport ke seluruh dunia berbanding santan cair. 

Santan serbuk juga dikatakan lebih tahan lama berbanding santan cair. Jadi, tidak hairanlah hari ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia dan dunia memilih untuk membeli santan serbuk.









Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.



Waterfront Bagan Datuk (WBD) kini menjadi destinasi tumpuan pelancong


Waterfront Bagan Datuk (WBD) kini menjadi destinasi tumpuan pelancong dari luar dan dalam daerah ini lebih-lebih lagi pada hari cuti umum.


Disamping itu juga, Malaysia Inbound Travel Association (MITA) turut mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Tourism Day di Bagan Datuk dan turut diadakan Mini Pameran di PPK Hutan Melintang bagi mempromosikan produk hasilan industri hiliran berasaskan kelapa. Seramai lebih 400 pengunjung dari kawasan sekitar Bagan Datuk hadir untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Disamping itu, acara Tourism Day ini juga memberi peluang kepada kira-kira 30 usahawan-usahawan sekitar Bagan Datuk mempromosikan produk-produk makanan dan kraf hasilan kelapa kepada orang ramai.





Sementara itu, turut hadir adalah 40 orang wakil media, blogger dan influencer, 40 orang agen pelancongan dan 40 orang pelancong luar. Kehadiran kumpulan ini adalah bertujuan untuk meninjau, meneroka dan mempromosi potensi industri pelancongan di Bagan Datuk khususnya Agro Pelancongan.







Pelbagai usaha harus dilaksanakan dalam membangunkan Industri Pelancongan Agro ke tahap yang lebih tinggi. Industri Pelancongan Agro ini tidak boleh berada ditakuk yang lama, ianya memerlukan perubahan mengikut peredaran zaman yang semakin berkembang. Perubahan perlu dilakukan jika inginkan Sektor Pelancongan Agro di Bagan Datuk dikenali di seruluh pelosok dunia.



Dengan Program Road To Agro Tourism ini, MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) yakin Bagan Datuk akan menjadi satu daerah pelancongan yang terkenal dengan keunikannya di Pantai Barat Semenanjung dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Bagan Datuk, Perak,  hanyalah sebuah pekan kecil yang sunyi. Ada yang menggelarnya sebagai pekan koboi kerana hanya ada dua baris kedai di jalan utama. Ada juga yang menggelarnya `pekan mati’ kerana kedudukannya di penghujung, di tepi Sungai Perak.
Namun apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam rombakan kabinet baru-baru ini, ia bagai satu kejutan kepada pekan sunyi ini. Mungkin tidak siapa menduga anak desa Kampung Sungai Nipah, salah sebuah kampung di Bagan Datoh menduduki kerusi TPM.






Bagi warga parlimen Bagan Datoh, pelantikan Zahid ini membawa bersamanya harapan untuk melihat pekan koboi itu menjadi lebih maju
Berbanding dengan pekan Bagan Datoh, pekan Hutan Melintang lebih meriah dan sibuk. Ini kerana kedudukan pekan tersebut yang menjadi laluan utama bagi mereka yang hendak ke utara dan sebaliknya dengan menggunakan jalan pantai (coastal roads).  Kerana itulah di Hutan Melintang ini terdapat banyak bank, restoran makanan segera, kedai-kedai IT  dan supermarket selain kedai-kedai pakaian.




Pekan Bagan Datoh sunyi kerana ia di penghujung. Kedudukannya di tebing Sungai Perak yang terbentang luas. Dahulu dalam tahun 60an dan 70-an ada juga perkhidmtan bot tambang dari jeti Bagan Datoh ke Pangkor dan  Sitiawan. Tetapi sejak dibina jalan raya ke Sitiawan dan utara melalui jalan utama Bagan Datoh-Hutan Melintang-Teluk Intan, perkhidmatan bot menjadi malap. Jetinya kini hanya sebagai tempat memancing atau tempat libur anak kota yang pulang ke desa.

Cuma Bagan Datoh akan menjadi cukup meriah setiap kali pertabalan Sultan Perak. Ini kerana rombongan baginda pasti akan menggunakan jeti Bagan Datoh untuk ke Beting Beras Basah, yang merupakan salah satu acara tradisi pertabalan setiap Sultan Perak.


Pertanian kini masih menjadi teras utama kegiatan ekonomi. Suatu ketika Bagan Datoh adalah kawasan tanaman kelapa terbesar di Malaysia. Tetapi dengan tarikan kepada kelapa sawit yang lebih mahal harganya menyaksikan tanaman kelapa baik di estet atau kebun kecil, diganti dengan kelapa sawit.


Kewujudan WBD juga telah mengubah wajah Bagan Datuk yang dahulunya sinonim de­ngan gelaran ‘pekan koboi’ kepada lokasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.
Terletak di pinggir Sungai Pe­rak iaitu kira-kira 21 batu nautika dari perairan Selat Melaka, WBD merupakan projek pertama yang dibangunkan sejak Bagan Datuk diisytiharkan sebagai daerah baharu atau yang ke-12 di negeri ini.
Rata-rata orang ramai me­ngunjungi kawasan tersebut dengan tujuan untuk bersantai atau berkelah sambil menyedut udara bersih serta menyaksikan pemandangan indah sejurus sebelum matahari terbenam.


Paling istimewa, tiada baya­ran dikenakan kepada pengunjung sepanjang WBD dibuka selama 24 jam setiap hari.
WBD yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Bagan Datuk menawarkan pelbagai kemudahan asas seperti gelanggang kasut roda, lapangan permainan la­yang-layang, tempat meman­cing serta laluan aktiviti berbasikal untuk kanak-kanak.
Pengunjung juga boleh membeli-belah di gerai-gerai yang menjual beraneka kuih tradisio­nal, minuman seperti air kelapa muda serta cenderahati.
Selain itu, gerai Dataran Amanjaya di WBD menyediakan hidangan istimewa iaitu masakan berasaskan udang galah serta pelbagai jenis makanan serta minuman yang dijual dengan harga berpatutan kepada orang ramai yang ingin menjamu selera.


Dahulu, orang ramai tidak berapa berminat untuk datang ke Bagan Datuk kerana terletak di hujung negeri dan pekannya mati tetapi sekarang ia sudah menjadi sebutan orang ramai.
agan Datuk yang merupakan lokasi sesuai untuk memancing udang galah turut mempunyai kemudahan seperti perkhidmatan bot bagi membawa pengunjung ke kawasan pelancongan di Pulau Sembilan.


“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kerana berjaya membawa perubahan demi kesejahte­ra­an hidup penduduk berbilang kaum di sini,”


Please Subscribe dan tekan loceng terima kasih... https://youtu.be/xehyrlcf1-E












Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

HOMESTAY PAK NGAH , KAMPUNG PASANG API, BAGAN DATUK, PERAK



Beempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk ini, program selama 2 hari 1 malam ini diadakan untuk mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk, Perak selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara tanahair. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini adalah anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.



Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.


Kami bertolak pada 23 Mac 2018 (10.00am) dari Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menaiki sebuah bas ke Bagan Datuk, Perak.  Destinasi pertama kami adalah Penginapan Homestay PakNgah yang terletak di Kampung Pasang Api.HOMESTAY PAK NGAH , KAMPUNG PASANG API, BAGAN DATUK, PERAK.



HOMESTAY PAK NGAH , KAMPUNG PASANG API, BAGAN DATUK, PERAK.KONSEP RUMAH :
1 UNIT - 3 BILIK
3 UNIT - 2 BILIK
#SEWA_RM200_SEHARI
HUBUNGI: TN HJ UZIR
05-646 7267
019-305 9623




LOKASI STRATEGIK :
*TEPI JALAN BESAR
*BERHAMPIRAN 2 ZON MEMANCING TERBAIK DI BAGAN DATUK.
*1KM KE PEKAN BAGAN DATUK (WATERFRONT BAGAN DATUK )
*HAMPIR KE BETING BERAS BASAH (JALAN DARAT)
*KAWASAN PARKING YANG LUAS







 Setibanya kami di Homestay PakNgah,kami dibawa menjamu selera masakan kampong MakNgah di 
rumahnya.













www.wasap.my/60193059623/SewaHomstay





HOMESTAY PAK NGAH , KAMPUNG PASANG API, BAGAN DATUK, PERAK.
KONSEP RUMAH :
1 UNIT - 3 BILIK
3 UNIT - 2 BILIK
#SEWA_RM200_SEHARI
HUBUNGI: TN HJ UZIR
05-646 7267
019-305 9623
www.wasap.my/60193059623/SewaHomstay
LOKASI STRATEGIK :
*TEPI JALAN BESAR
*BERHAMPIRAN 2 ZON MEMANCING TERBAIK DI BAGAN DATUK.
*1KM KE PEKAN BAGAN DATUK (WATERFRONT BAGAN DATUK )
*HAMPIR KE BETING BERAS BASAH (JALAN DARAT)
*KAWASAN PARKING YANG LUAS





Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

KUALA LUMPUR MONSOONhttps://youtu.be/aSLD_2_FM74

KUALA LUMPUR MONSOON https://youtu.be/aSLD_2_FM74