MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) didalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 kali ini membawakan satu slot khas iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Slot Sembang Santai ini memberikan peluang kepada wakil media, blogger dan influencer berdialog secara santai bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi mengupas topik-topik berkenaan Pelancongan Agro di Bagan Datuk khususnya dan di Malaysia amnya.
Sembang Santai kali ini membawa topik “Industri kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa”.
Sembang Santai ini bertujuan membincangkan mengenai sejauh manakah hala tuju industri Pelancongan Agro berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak.
Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk.
Kami juga dibawa melawat ke MARDI Bagan Datuk. Bagi melihat sendiri cara pendebugaan kelapa (POLLINATION)
dan cara pemprosesan minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil Demo.
Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Hortikulktur, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hilir Perak, En.Ahmad Ngalim, berkongsi beberapa isu membelenggu industri kelapa tempatan antaranya pokok sedia ada sudah tua dan sukar untuk dituai selain masalah kekurangan tenaga buruh terutama untuk menuai.
Kelapa Matag merupakan sejenis varieti hibrid yang popular ketika ini, dihasilkan menerusi kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina.
Nama ‘Matag’ pula singkatan gabungan antara ‘Ma’ (Malayan) dan ‘Tag’ (Tagnanan) dari Filipina bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza.
Matag kini sudah memenuhi 30 peratus kawasan bertanam kelapa dan kesukaran mendapat baka tersebut berlaku disebabkan minat kepada baka tersebut terlalu tinggi.
Kepelbagaian genetik perlu diwujudkan iaitu dengan menghasilkan pelbagai varieti dan sekiranya ada serangan penyakit besar-besaran atau serangga, masih ada pilihan bagi penanam.
Beberapa varieti kelapa hibrid MARDI yang berpotensi untuk diguna pakai sebagai bahan tanaman pilihan selain Matag kini dalam penilaian.
Demonstrasi mengupas kelapa muda dan dijadikan " kelapa telur"
Kami juga dapat melihat demonstrasi mengupas kelapa muda dan dijadikan 'kelapa telur'.Ape itu kelapa telur.
Kulit kelapa ini dikupas sebersih yang mungkin sebabnya kite
cuma nk meminimizekn saiznya dan utk memudahkan dipegang ketika nk minum nanti.
Isinya dikeluarkan dalam bentuk bulat tanpa menjejaskan air
didalamnya.
Bila dh keluarkan isi 2 akan balutkan dengan plastik
pembalut lutsinar dan last sekali dicucuk strawa menembusi isi kelapa bulat itu.Ini la yg kite panggil sebagai
kelapa telur.
Sebab rupa isinya mcm telur..
Sebab rupa isinya mcm telur..
Bila dh siap bleh la ditambah aksesori bagi menyerikan lg
rupa bentuk minuman ni.
Kelapa telur ini dijual dgn harga hanya RM2.00
sahaja.
Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri
5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan
kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang
Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay
Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana
telah menaja travelogue ini.
No comments:
Post a Comment