Thursday, 12 April 2018

Kilang Santan S&P Industries Sdn Bhd




MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) didalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 kali ini membawakan satu slot khas iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. 




 Slot Sembang Santai ini memberikan peluang kepada wakil media, blogger dan influencer berdialog secara santai bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi mengupas topik-topik berkenaan Pelancongan Agro di Bagan Datuk khususnya dan di Malaysia amnya.




 Sembang Santai kali ini membawa topik “Industri kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa”.

 Sembang Santai ini bertujuan membincangkan mengenai sejauh manakah hala tuju industri Pelancongan Agro berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak. 


 Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk.


Kami juga dibawa melawat ke Kilang Santan S&P Bagan Datuk. Bagi melihat sendiri cara memproses santan. 


Kilang santan S&P Industries Sdn Bhd. Kilang santan ini mula beroperasi pada tahun 1983. S&P Industries memiliki satu syarikat HQ di Kota Damansara. 



S&P Industries melaksanakan produk santan serbuk yang pertama dan dieksport ke dunia. Dengan terhasilnya santan serbuk ini, ia menjadikan masakan lebih mudah dan ringkas serta sangat sesuai untuk dieksport ke seluruh dunia berbanding santan cair. 

Santan serbuk juga dikatakan lebih tahan lama berbanding santan cair. Jadi, tidak hairanlah hari ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia dan dunia memilih untuk membeli santan serbuk.









Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.



No comments:

Post a Comment

KUALA LUMPUR MONSOONhttps://youtu.be/aSLD_2_FM74

KUALA LUMPUR MONSOON https://youtu.be/aSLD_2_FM74