Waterfront Bagan Datuk (WBD) kini menjadi destinasi tumpuan pelancong dari luar dan dalam daerah ini lebih-lebih lagi pada hari cuti umum.
Disamping itu juga, Malaysia Inbound Travel Association (MITA) turut mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Tourism Day di Bagan Datuk dan turut diadakan Mini Pameran di PPK Hutan Melintang bagi mempromosikan produk hasilan industri hiliran berasaskan kelapa. Seramai lebih 400 pengunjung dari kawasan sekitar Bagan Datuk hadir untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Disamping itu, acara Tourism Day ini juga memberi peluang kepada kira-kira 30 usahawan-usahawan sekitar Bagan Datuk mempromosikan produk-produk makanan dan kraf hasilan kelapa kepada orang ramai.
Sementara itu, turut hadir adalah 40 orang wakil media, blogger dan influencer, 40 orang agen pelancongan dan 40 orang pelancong luar. Kehadiran kumpulan ini adalah bertujuan untuk meninjau, meneroka dan mempromosi potensi industri pelancongan di Bagan Datuk khususnya Agro Pelancongan.
Pelbagai usaha harus dilaksanakan dalam membangunkan Industri Pelancongan Agro ke tahap yang lebih tinggi. Industri Pelancongan Agro ini tidak boleh berada ditakuk yang lama, ianya memerlukan perubahan mengikut peredaran zaman yang semakin berkembang. Perubahan perlu dilakukan jika inginkan Sektor Pelancongan Agro di Bagan Datuk dikenali di seruluh pelosok dunia.
Dengan Program Road To Agro Tourism ini, MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) yakin Bagan Datuk akan menjadi satu daerah pelancongan yang terkenal dengan keunikannya di Pantai Barat Semenanjung dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Bagan Datuk, Perak, hanyalah sebuah pekan kecil yang sunyi. Ada yang menggelarnya sebagai pekan koboi kerana hanya ada dua baris kedai di jalan utama. Ada juga yang menggelarnya `pekan mati’ kerana kedudukannya di penghujung, di tepi Sungai Perak.
Namun apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam rombakan kabinet baru-baru ini, ia bagai satu kejutan kepada pekan sunyi ini. Mungkin tidak siapa menduga anak desa Kampung Sungai Nipah, salah sebuah kampung di Bagan Datoh menduduki kerusi TPM.
Bagi warga parlimen Bagan Datoh, pelantikan Zahid ini membawa bersamanya harapan untuk melihat pekan koboi itu menjadi lebih maju
Berbanding dengan pekan Bagan Datoh, pekan Hutan Melintang lebih meriah dan sibuk. Ini kerana kedudukan pekan tersebut yang menjadi laluan utama bagi mereka yang hendak ke utara dan sebaliknya dengan menggunakan jalan pantai (coastal roads). Kerana itulah di Hutan Melintang ini terdapat banyak bank, restoran makanan segera, kedai-kedai IT dan supermarket selain kedai-kedai pakaian.
Pekan Bagan Datoh sunyi kerana ia di penghujung. Kedudukannya di tebing Sungai Perak yang terbentang luas. Dahulu dalam tahun 60an dan 70-an ada juga perkhidmtan bot tambang dari jeti Bagan Datoh ke Pangkor dan Sitiawan. Tetapi sejak dibina jalan raya ke Sitiawan dan utara melalui jalan utama Bagan Datoh-Hutan Melintang-Teluk Intan, perkhidmatan bot menjadi malap. Jetinya kini hanya sebagai tempat memancing atau tempat libur anak kota yang pulang ke desa.
Cuma Bagan Datoh akan menjadi cukup meriah setiap kali pertabalan Sultan Perak. Ini kerana rombongan baginda pasti akan menggunakan jeti Bagan Datoh untuk ke Beting Beras Basah, yang merupakan salah satu acara tradisi pertabalan setiap Sultan Perak.
Pertanian kini masih menjadi teras utama kegiatan ekonomi. Suatu ketika Bagan Datoh adalah kawasan tanaman kelapa terbesar di Malaysia. Tetapi dengan tarikan kepada kelapa sawit yang lebih mahal harganya menyaksikan tanaman kelapa baik di estet atau kebun kecil, diganti dengan kelapa sawit.
Kewujudan WBD juga telah mengubah wajah Bagan Datuk yang dahulunya sinonim dengan gelaran ‘pekan koboi’ kepada lokasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.
Terletak di pinggir Sungai Perak iaitu kira-kira 21 batu nautika dari perairan Selat Melaka, WBD merupakan projek pertama yang dibangunkan sejak Bagan Datuk diisytiharkan sebagai daerah baharu atau yang ke-12 di negeri ini.
Rata-rata orang ramai mengunjungi kawasan tersebut dengan tujuan untuk bersantai atau berkelah sambil menyedut udara bersih serta menyaksikan pemandangan indah sejurus sebelum matahari terbenam.
Paling istimewa, tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung sepanjang WBD dibuka selama 24 jam setiap hari.
WBD yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Bagan Datuk menawarkan pelbagai kemudahan asas seperti gelanggang kasut roda, lapangan permainan layang-layang, tempat memancing serta laluan aktiviti berbasikal untuk kanak-kanak.
Pengunjung juga boleh membeli-belah di gerai-gerai yang menjual beraneka kuih tradisional, minuman seperti air kelapa muda serta cenderahati.
Selain itu, gerai Dataran Amanjaya di WBD menyediakan hidangan istimewa iaitu masakan berasaskan udang galah serta pelbagai jenis makanan serta minuman yang dijual dengan harga berpatutan kepada orang ramai yang ingin menjamu selera.
Dahulu, orang ramai tidak berapa berminat untuk datang ke
Bagan Datuk kerana terletak di hujung negeri dan pekannya mati tetapi sekarang
ia sudah menjadi sebutan orang ramai.
agan Datuk yang merupakan lokasi sesuai untuk memancing udang galah turut mempunyai kemudahan seperti perkhidmatan bot bagi membawa pengunjung ke kawasan pelancongan di Pulau Sembilan.
“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kerana berjaya membawa
perubahan demi kesejahteraan hidup penduduk berbilang kaum di sini,”
Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri
5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan
kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang
Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay
Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana
telah menaja travelogue ini.
No comments:
Post a Comment