Thursday 12 April 2018

Rumah pusaka berusia lebih 100 tahun Teluk Intan-Bagan Datoh di Kampung Sungai Haji Mohamad


 Rumah pusaka berusia lebih 100 tahun yang terletak di tepi jalan raya Teluk Intan-Bagan Datoh di Kampung Sungai Haji Mohamad, dekat sini, mendapat perhatian ramai kerana keunikan ciri tradisi Melayu Perak yang masih terpelihara pada reka bentuk binaannya.
Rumah berkenaan yang didiami Daim Hayati Mohammad, 84, dan isterinya, Jamaliah Shafie', 69, dibina oleh Allahyarham Mat Ali Kulop Rabu iaitu datuk kepada Daim Hayati, sebelum diwarisi bapanya, Mohammad Mat Ali.




Antara keistimewaan rumah pusaka itu ialah ia dibina mengikut ciri Bumbung Lima, iaitu identiti bagi rumah Melayu Perak, selain ukiran di sekeliling tingkap, pintu dan dinding manakala tangga rumah terletak pada sisi kiri anjung.
Bekas guru agama itu berkata, corak pelangi pada dinding depan rumah menjadi daya tarikan orang ramai dan pelancong yang sering singgah untuk bergambar di depan rumah berkenaan.







  Rumah itu dipilih sebagai tapak pelancaran program 30 Homestay atau Inap Desa Parlimen Bagan Datoh pada 26 Januari 2006 yang disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
  Najib yang mencatat dalam buku sebagai pelawat pertama rumah berkenaan menulis perkataan `very good' atau sangat baik sebagai menghargai ciri warisan rumah berkenaan.
  Turut hadir ketika pelancaran itu ialah Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Menteri Pelancongan.
 Rumahnya sering menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk menginap dan merasai sendiri suasana tinggal di rumah Melayu lama, antaranya dari Australia, Arab Saudi, India, Jepun, China, Indonesia dan Singapura.


Bersempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk ini, program ini diadakan untuk mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk, Perak selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara tanahair. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini adalah anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.
Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.


Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

No comments:

Post a Comment

KUALA LUMPUR MONSOONhttps://youtu.be/aSLD_2_FM74

KUALA LUMPUR MONSOON https://youtu.be/aSLD_2_FM74