Thursday, 12 April 2018

ROAD TO AGRO TOURISM SIRI 5 EDISI KHAS BAGAN DATUK, PERAK

MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC)
PERKARA : PROGRAM ROAD TO AGRO TOURISM SIRI 5 EDISI KHAS BAGAN DATUK, PERAK
TARIKH : 23.3.2018 - 24.3.2018
Foto Kongsi Tempat Menarik di Malaysia.
Industri Pelancongan Agro di Malaysia kini masih belum berkembang pesat dan sejauh manakah promosi-promosi Pelancongan Agro ini dilakukan bagi meningkatkan Sektor Pelancongan Agro tanah air.
Bersempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk ini, program ini diadakan untuk mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk, Perak selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara tanahair. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini adalah anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.
Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.


MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) didalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 kali ini membawakan satu slot khas iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Slot Sembang Santai ini memberikan peluang kepada wakil media, blogger dan influencer berdialog secara santai bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi mengupas topik-topik berkenaan Pelancongan Agro di Bagan Datuk khususnya dan di Malaysia amnya. Sembang Santai kali ini membawa topik “Industri kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa”. Sembang Santai ini bertujuan membincangkan mengenai sejauh manakah hala tuju industri Pelancongan Agro berasaskan kelapa di Bagan Datuk, Perak. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk.

 Program Road To Agro Tourism anjuran MTC ini membuktikan bahawa industri Pelancongan Agro mampu menjadi tunjang kepada Sektor Agro Pelancongan negara. MTC mengambil peluang ini bagi mempromosikan Bagan Datuk sebagai satu destinasi baru pelancongan, meneroka destinasi dan produk baru pelancongan di Bagan Datuk, menjalinkan perhubungan antara pihak industri, pihak berkuasa dan penduduk tempatan, mewujudkan jaringan Pelancongan di Bagan Datuk, menyuntik semangat pelancongan kepada warga Bagan Datuk, menjadikan Kelapa sebagai satu produk ikon Pelancongan Bagan Datuk, Menghebahkan maklumat pembangunan & perancangan di Bagan Datuk, Mencadangkan destinasi “Bagan Datuk” dimasukkan ke dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020. Namun begitu, beberapa nilai tambah harus disuntik bagi menaikkan dan mengembangkan lagi industri Pelancongan Agro ini. Antaranya adalah sumbangan dana bagi menjayakan projek-projek pada masa akan datang dan liputan media bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti Pelancongan Agro.



Disamping itu juga, Malaysia Inbound Travel Association (MITA) turut mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Tourism Day di Bagan Datuk dan turut diadakan Mini Pameran di PPK Hutan Melintang bagi mempromosikan produk hasilan industri hiliran berasaskan kelapa. Seramai lebih 400 pengunjung dari kawasan sekitar Bagan Datuk hadir untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Disamping itu, acara Tourism Day ini juga memberi peluang kepada kira-kira 30 usahawan-usahawan sekitar Bagan Datuk mempromosikan produk-produk makanan dan kraf hasilan kelapa kepada orang ramai.

Sementara itu, turut hadir adalah 40 orang wakil media, blogger dan influencer, 40 orang agen pelancongan dan 40 orang pelancong luar. Kehadiran kumpulan ini adalah bertujuan untuk meninjau, meneroka dan mempromosi potensi industri pelancongan di Bagan Datuk khususnya Agro Pelancongan.
Pelbagai usaha harus dilaksanakan dalam membangunkan Industri Pelancongan Agro ke tahap yang lebih tinggi. Industri Pelancongan Agro ini tidak boleh berada ditakuk yang lama, ianya memerlukan perubahan mengikut peredaran zaman yang semakin berkembang. Perubahan perlu dilakukan jika inginkan Sektor Pelancongan Agro di Bagan Datuk dikenali di seruluh pelosok dunia.
Dengan Program Road To Agro Tourism ini, MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) yakin Bagan Datuk akan menjadi satu daerah pelancongan yang terkenal dengan keunikannya di Pantai Barat Semenanjung dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Sekian.
Disediakan oleh:
Urusetia,
Majlis Pelancongan Malaysia
Salutation:
1.En Azimi Kassim (Pak Ngah)
Tuan Pengacara Majlis & Moderator Sembang Santai,
2.YAB Dato’ Seri Diraja dr Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
3.Y Berusaha En Uzaidi Udanis,
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) merangkap
Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA)
4.Y Berusaha Tn Hj Hamzah Bahari,
Pemangku Ketua Pengarah,
Lembaga Pertubuhan Peladang
5.Y Bhg Dato’ Hj Khairuddin Termizi
Pengerusi,
Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang
6.Yg Bhg Dato’ Hamzah Hussein,
Pegawai Daerah Bagan Datuk
7.Y. Berusaha Tuan Hj R Azmi Abdul Wahab,
Pengerusi Homestay Bagan Datuk
8.Y Berusaha En Aminuddin Mohamad,
Pengarah Program
Road To Agro Tourism,
Majlis Pelancongan Malaysia
9.Y Berusaha Datuk Seri Megat Hadzlie Adlan,
Presiden,
Persatuan Pelancongan Warisan Malaysia.
10.Y Berusaha Puan Maimoon Hussein,
Setiausaha,
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia
11.Ketua Jabatan & Agensi Kerajaan,
12.Ketua- Ketua kampung,
13.JKKK
14.Datuk2 Datin2, Tuan2 & Puan2 yang dihormati sekalian

1 comment:

  1. The Best Casino Games in San Diego, CA - Mapyro
    At Mapyro 순천 출장샵 you can 울산광역 출장마사지 play any game 상주 출장안마 including slots, table games, 당진 출장안마 bingo, roulette, and poker. Casino game play is played 사천 출장마사지 with your family or friends.

    ReplyDelete

KUALA LUMPUR MONSOONhttps://youtu.be/aSLD_2_FM74

KUALA LUMPUR MONSOON https://youtu.be/aSLD_2_FM74