Thursday 12 April 2018

Beting Beras Basah Bagan Datoh, Perak

Beting Beras Basah yang terletak di kawasan persisir hujung Sungai Perak Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku

Bersempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk ini, program ini diadakan untuk mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk, Perak selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara tanahair. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini adalah anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.


Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.



Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.




Pada 14 Mei 2015, Istiadat Menziarahi Beting Beras Basah bermula dari Jeti Bagan Datoh.

Istiadat ini dilakukan sebagai simbolik adat signifikan tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.




Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

No comments:

Post a Comment

KUALA LUMPUR MONSOONhttps://youtu.be/aSLD_2_FM74

KUALA LUMPUR MONSOON https://youtu.be/aSLD_2_FM74